Kertas Kerja Program Inklusif Pendidikan Khas

Posted on admin
Kertas

Definisi Program Inklusif

Pendidikan inklusif merupakan program yang mengintegrasikan murid berkeperluan khas ke dalam sistem persekolahan biasa. Inklusif boleh didefinisikan sebagai proses memasukkan murid secara fizikal dan sosiologikal ke dalam kelas biasa dan diberikan pendidikan mengikut keperluan masing-masing.

V KONSEP PENDIDIKAN INKLUSIF Perkataan inklusif berasal daripada bahasa Inggeris “ inclusive”, yang membawa maksud termasuk atau merangkumi semua. Ia juga boleh diertikan sebagai “pendidikan umum”, iaitu setiap orang individu, sama ada normal, pintar-cerdas, atau cacat adalah berhak di beri peluang pendidikan umum. V KONSEP PENDIDIKAN KHAS Ianya terbahagi kepada 2: • Am: program pendidikan dirancang khusus untuk kanak-kanak istimewa, iaitu kanak-kanak cacat dan juga kanak-kanak pintar-cerdas.