Entah bagaimana, terdapat guru agama/al-Qur'an (terutama di Malaysia dan di beberapa negara lain di Asia) mempercayai bahawa membaca al-Qur'an tanpa memahami pengertian ayat-ayat yang terdapat di dalam al-Qur'an (teks al-Quran) tersebut, si-pembaca masih akan diberi ganjaran (pahala) oleh Allah SWT. Malah, menurut mereka, Allah akan memberi ganjaran (pahala) sebanyak sepuluh (10) kali ganda bagi setiap abjad (huruf tulisan Arab) ketika ia membaca ayat-ayat al-Qur'an tersebut. (memang terhadap hadith mengenai pahala membaca al-Qur'an).